15 Tips Memilih Baju Mengandung Yang Betul

Share Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Ramai ibu mengandung berpendapat bahawa bila disahkan mengandung, masa untuk anda bergaya dan menawan harus dilupakan buat seketika. Ternyata pendapat itu tidak benar sama sekali. Wanita mengandung masih boleh kelihatan bergaya dan rasa hebat pada waktu yang sama. Dengan syarat, ibu tahu apakah ciri-ciri baju mengandung yang patut di pilih.

Dapat bergaya namun mengenakan baju yang tidak selesa sudah semestinya perkara pertama yang ingin dielakkan oleh ibu mengandung. Ini kerana apa yang paling penting dalam kehidupan seharian ibu mengandung adalah mengenakan baju yang selesa. Ibu mengandung selalu di duga dengan masalah-masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, ketidak selesaan adalah perkara pertama yang ibu mengandung ingin hindari.

Berikut adalah 5 Tips Memilih Baju Ibu Mengandung yang betul dan selesa.

  1. Tips 1 : Pilih baju yang bole laras kecil atau besar di bahagian pinggang supaya dapat disesuaikan dengan kenaikan berat badan dan saiz perut. Biasanya ia boleh dilaraskan dengan tali yang dijahit di bahagian pinggang kiri dan kanan
  2. Tips 2 : Membeli baju ibu mengandung bila perut sudah mula kelihatan semakin membesar oleh orang sekeliling kita.Baju khas untuk ibu mengandung ini selalu direka untuk keselesaan anda yang maksimum dan ia adalah idea yang lebih baik daripada membeli baju biasa tetapi bersaiz besar. Anda masih bole pakai baju biasa untuk 3 bulan pertama kehamilan.
  3. Tips 3 : Elakkan diri daripada godaan untuk membeli baju mengandung yang jauh lebih besar untuk anda. Masalah dengan membeli baju terlampau besar adalah sudah semestinya anda nampak lebih besar dari biasa. Tidak dinafikan ketika mengandung, ibu akan mengalami kenaikan berat badan jauh lebih banyak dari biasa. Namun, seboleh-bolehnya ibu tidak mahu kenaikan berat badan itu nampak terlampau jelas bukan? Baju ibu mengandung akan kecil di bahagian yang sepatutnya namun memberi ruang yang secukupnya untuk perut supaya dapat mengekalkan bentuk badan anda.
  4. Tips 4 : Kenal pasti jenis bentuk badan anda. Jika perut anda lebih ke bawah, pakaian yang lembut di pinggang akan lebih selesa. Potongan kemeja yang panjang melepasi perut akan kelihatan menarik untuk anda.
  5. Tips 5 : Kenal pasti jenis bentuk badan anda. Jika perut anda lebih ke bawah, baju yang lembut di pinggang akan lebih selesa. Potongan kemeja yang panjang melepasi perut akan kelihatan menarik untuk anda.
  6. Tips 6 : Jika perut anda lebih tinggi, anda bole cuba wujudkan garisan antara dada dan perut dengan memakai baju yang mempunyai tali.
  7. Tips 7 : Ketika masih dalam trimester 1, lupakan dahulu baju yang terlampau ketat dan memeluk badan. Pilih baju yang jatuh secara natural dan longgar di perut, pinggul yang boleh menutup kenaikan beberapa kilogram berat badan anda. Skirt A-line, potongan “empire” amat sesuai.
  8. Tips 8 : Pakai seluar yang khas untuk ibu mengandung yang mempunyai getah support di perut dan ada tali boleh laras di perut.
  9. Tips 9 : Untuk trimester ke-2, melaburlah dalam beberapa baju yang sesuai untuk setiap perkembangan badan anda seperti ikatan di belakang dan butang yang membolehkan anda melaras pakaian tersebut sementara anda mengalami perubahan badan dari masa ke semasa. Ia pasti satu pelaburan yang berbaloi.
  10. Tips 10 : Untuk trimester ke-3, seluar mengandung adalah teramat selesa namun tetap bergaya. Pertimbangkan untuk tidak memakai kasut tumit tinggi kerana boleh membawa kepada masalah sakit belakang. Gantikan dengan “flats” dan sandal.
  11. Tips 11 : Pilih baju mengandung yang sesuai untuk menyusu supaya anda dapat memakainya untuk jangka masa yang lama. Yang paling baik adalah dengan fungsi selak sahaja di bahagian dada baju dan tanpa zip.
  12. Tips 12 : Elakkan fabrik baju yang keras dan pilih fabrik yang memeri. Elakkan seluar berzip dan berbutang. Memakai seluar yang elastic dan bertali adalah satu kemestian.
  13. Tips 13 : Garisan menegak lebih baik daripada melintang dan elakkan corak yang besar. Pilih seluar yang gelap dan baju mengandung yang cerah.
  14. Tips 14 : Pilih kasut yang selesa. Ini kerana bila bayi semakin membesar, darah dan cecair lain dalam badan anda akan bertambah yang boleh menyebabkan bengkak di kaki.
  15. Tips 15 : Pilih tudung yang menarik dan ia akan membantuk orang ramai untuk melihat muka anda berbanding perut.

Semoga dengan tips ini dapat membantu ibu mengandung untuk lebih selesa dan pada masa tetap bergaya dalam memilih baju mengandung yang tepat.

Share Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Artikel-Artikel Lain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15-tips-memilih-baju-mengandung-yang-betul-ummubelle-hq
Scroll to Top