6 Punca Bayi Kembung Perut Dan Kerap Menangis Tanpa Henti

Share Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bayi menangis tanpa henti menggusarkan ramai ibu bapa di luar sana. Hal ini berlaku mungkin kerana ibu bapa tidak dapat memahami sepenuhnya bahasa yang cuba disampaikan oleh bayi mereka.

Ibu bapa perlu lebih peka dan bertindak dengan segera bagi memastikan tiada sebarang kemungkinan yang tidak diingini bakal berlaku kepada bayi.

Menurut ramai pakar kanak-kanak, terdapat pelbagai punca bayi kembung perut dan salah satu tanda utama adalah apabila bayi menangis dalam tempoh masa yang berpanjangan tanpa henti.Jika berlarutan dalam masa sehari adalah menunjukkan bahawa bayi tersebut sedang mengalami masalah kembung perut.

Keadaan ini selalunya dialami oleh bayi seawal usia dua minggu selepas kelahiran hingga boleh mencecah 3 – 4 bulan usia bayi.

Jelas di sini kita sebagai ibu bapa perlu mencari punca bagaimana masalah ini berlaku kepada anak-anak kita.

Menurut fakta, kanak-kanak boleh mendapatkan penyakit kembung perut yang juga dikenali sebagai penyakit kolik dan sebarang kemungkinan yang akan hadir kepada diri mereka. 

Kesakitan yang ditanggung oleh bayi boleh berlaku tanpa pengetahuan kita. Bayi tidak berupaya dan daya untuk menggambarkan kesakitan yang mereka lalui. Begitulah penyakit kolik atau kembung perut yang dirasai oleh bayi dapat dikenal pasti apabila mereka menangis tanpa henti.

Ibu bapa di luar sana tidak perlu risau dan resah lagi. Dalam artikel ini, akan diberitahu punca bayi kembung perut dan kanak-kanak.

Namun penulisan artikel ini adalah panduan umum sahaja sebagai pengetahuan kepada semua.

Ibu bapa perlu mengetahui punca-punca berlakunya kembung perut pada anak-anak supaya keselesaan dan kesihatan bayi tidak terjejas. Perut lega, bayi pun selesa dan ibu bapa pasti bahagia.

 

Punca Bayi Kembung Perut Yang Patut Anda Awasi

 

1.     Bayi menangis berlebihan

Menangis boleh mengakibatkan bayi anda terdedah dengan udara yang bakal masuk ke dalam mulut mereka, lebih ketara jika mereka menangis kelaparan untuk tempoh masa yang lama sebelum makan.

Kebiasaannya akan  berlaku pada bayi yang baru sahaja lahir. Selain daripada itu, lebih menggusarkan lagi hati para ibu apabila bayi menangis terlalu kerap sehingga menolak susu yang diberi.

Tekanan pasti akan dialami oleh ramai ibu diluar sana kerana tangisan anak mereka yang tidak berhenti dan berterusan. Tangisan mereka itu sebenarnya adalah mesej yang cuba disampaikan oleh bayi bahawa mereka mengalami kembung perut.

 

2.     Sistem pencernaan yang belum sempurna

Sistem pencernaan bayi adalah sangat berbeza dengan sistem pencernaan orang dewasa. Jika bagi orang dewasa terdapat enzim yang diperlukan dalam mencerna makanan, namun tidak pula bagi bayi. 

Bayi yang baru lahir hingga ke usia mencecah 3 bulan, sistem pencernaan buat bayi yang berada dalam lingkungan usia tersebut masih belum mampu mencerna segala kandungan seperti karbohidrat, protein, dan lemak .

 

3.     Kesan atau alahan daripada makanan

Susu ibu berkemungkinan untuk memberi alahan pada bayi. Susu ibu adalah merupakan penghasilan daripada pemakanan diet oleh seorang ibu. Sesetengah bayi mungkin sensitif terhadap kesan daripada makanan ini iaitu susu badan daripada ibu.Hal ini mungkin menjadi punca bayi kembung perut

Pengambilan susu lembu, bawang, sayur-sayuran seperti kubis, brokoli, dan pengambilan coklat dikaitkan membawa kepada gejala kolik pada bayi. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, tiada alasan buat ibu untuk mengehadkan dietnya, terutama sekali untuk memperoleh makanan yang sihat. 

Sekiranya anda mengesyaki akan sensitiviti atau intoleransi pada makanan berlaku pada bayi anda, disarankan untuk menjaga pemakanan demi kesihatan anak anda. Jika bayi terkesan dengan diet ibu mereka, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar atau doktor anda. 

Susu formula misalnya sebagai pengganti kepada susu badan ibu bagi bayi yang tidak serasi dengan susu daripada ibu mereka. Alahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan gangguan tidur dan ketidakselesaan pada bayi malahan tekanan kepada si ibu.

 

4.     Reaksi kepada susu lembu

Kandungan protein daripada susu lembu atau produk daripada tenusu yang lain akan menganggu penghadaman kepada bayi. Seterusnya menyebabkan bayi tidak selesa dan terus menangis sepanjang masa. 

Bayi yang baru lahir perlu dititikberatkan dalam pemberian susu yang sesuai. Dapat nasihat daripada doktor untuk penerangan yang lebih jelas bagi jenis ataupun kandungan yang bersesuaian kepada bayi. 

Gejala kolik ini dapat diatasi jika anda mendapatkan rawatan yang segera mahupun nasihat daripada pakar untuk kesihatan yang lebih terjamin buat si kecil ini.

 

 

5.     Refluks asid

Antara punca berlaku kembung perut pada si kecil sebenarnya ialah refluks asid, yang juga dikenali dengan penyakit refluks gastroaesophageal atau GERD. Bayi yang seringkali muntah adalah simptom yang dapat dikenalpasti kepada penyakit ini. 

Penyakit ini biasanya mula terjadi kepada si kecil seawal usia 2 atau 3 minggu dan akan lebih kelihatan ketara apabila mencecah usia 4 atau 5 bulan. Perlu diingat, kebanyakan muntah bayi adalah tidak normal ini akan menggusarkan kepada para ibu bapa.Ditambah lagi dengan asid yang tinggi ini menjadi punca bayi kembung perut.

Bayi yang kerap kali muntah juga akan menunjukkan kepada penyakit ini. Dapatkan rawatan atau nasihat daripada doktor dengan segera berhubung dengan gejala penyakit ini sebelum semuanya terlambat.

 

6.     Kehadiran gas dalam perut

Jika bayi anda sering sahaja menangis terutama sekali selepas makan, berkemungkinan pengumpulan gas daripada udara yang telah masuk ke dalam mulut bayi ketika minum susu. Bayi yang minum susu menggunakan botol susu lebih cenderung untuk menghasilkan gas dalam perut dan menyebabkan rasa tidak selesa kepada si kecil.

Sebaiknya ibu bapa cuba sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu sebagai langkah untuk elakkan punca bayi kembung perut.

punca bayi kembung perut

Tips dan Cara untuk atasi baby kembung perut tanpa perlu ‘bomoh



Share Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Artikel-Artikel Lain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6-punca-bayi-kembung-perut-dan-kerap-menangis-tanpa-henti
Scroll to Top