Cara atasi baby kembung perut tanpa perlu ‘bomoh’

bayi-kembung-perut

Share Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bayi pada tempoh 12 bulan pertama biasanya ada pelbagai penjagaan yang perlu diperhatikan dan dibuat.Bermula dari penyediaan tempat tidur hinggalah apa yang dimakan.Jika anda lihat baby menangis terlampau lama dan tidak berhenti.Pasti ada punca bayi menangis terlampau lama dari biasa.Oleh sebab itu sangat penting untuk menjaga pemakanan bayi sebelum baby kembung perut dan asyik menangis tanpa henti.

Bayi yang menangis terlampau dan tanpa pantauan berisiko untuk mengalami sawan tangis atau kolik.Kebiasannya tanda awal kolik atau sawan tangis adalah bayi akan menangis melebihi 3 jam sehari dan berlanjutan sehingga 3 hari berturut-turut.Perkara ini pasti akan meresahkan ibu bapa kerana tak jumpa punca kenapa bayi tetap menangis tanpa sebab.

Ada pelbagai sebab bayi menangis tanpa sebab seperti sebab lapar, cuaca panas atau mungkin juga terlampau penat.Namun,kebiasannya punca bayi menangis adalah sebab baby kembung perut.Perkara ini sangatlah normal disebabkan perut bayi yang sensitif dan perlukan masa untuk bertindak balas dengan makanan baru.

Tips atasi baby kembung perut tanpa perlu ibu bapa risau lagi

 

1.Tenangkan bayi

Bayi yang tengah meragam ni perlu dipujuk dan dibelai.Anda perlu tenangkan dengan cuba membuat bunyi ‘shhuhhh’. Ramai yang tidak tahu bahawa kalau keadaan terlampau sunyi pun bayi sukar untuk diam.Bayi mudah tenang bila ada alunan dodoian dari si ibu ataupun sebarang instrumental ringan  boleh dipasang.Hasilnya bayi cepat meragam kini mula diam.

2.Bedung baby

Perkara biasa yang dibuat sejak zaman berzaman untuk memastikan bayi mudah tidur dan dijaga.Bila bayi sudah dibedung memudahkan kita untuk memastikan dia tidur tanpa bergolek ke arah yang lain.Hal ini juga pasti akan memudahkan kita untuk buat kerja didapur sambil menjaga bayi. 

3.Teknik menyusu bayi yang betul

Ini tips khas untuk semua ibu yang tengah menyusukan bayi.Umum tahu yang susu ibu adalah susu badan terbaik untuk si anak kecil membesar.Namun,jarang yang tahu cara pastikan bayi kecil ini mendapatkan semua nutrien yang diperlukan.

Para ibu perlu pastikan sudah duduk ataupun mendapatkan posisi yang betul-betul selesa sebelum menyusukan bayi.Ini penting bagi mengelakkan bayi tersedak ketika tengah minum susu.Selepas itu,pegang bayi dan pastikan kedudukan mulut dan hidungnya menghadap ke arah payudara.Pastikan juga untuk menyokong belakang bayi dengan tangan untuk bantu mudahkan bayi menyusu.

4. Cuba tukar susu formula lain

Bila baby kembung perut setelah minum susu formula itu menunjukkan tanda awal susu itu tidak sesuai untuk diminum oleh si kecil.Selain itu, bayi akan jadi mudah sembelit dan naik bintik merah dimuka.Ini menunjukkan alahan kepada susu yang diminum.

Setiap bayi akan menunjukkan reaksi yang berbeza dan bergantung kepada alahan yang dialami.Ada sesetengah bayi yang tidak sesuai untuk produk tenusu yang berasaskan sumber susu lembu.Oleh itu, ibu bapa perlu lebih cepat bertindak jika bayi mula kelihatan tidak sesuai dengan susu formula yang sedang diminum.

Banyak jenis susu formula alternatif dipasaran yang boleh dibeli tapi sebaiknya  terus ke doktor untuk meminta konsultasi susu formula yang sesuai untuk diminum oleh si kecil.

5. Elakkan makanan yang tidak sesuai

Antara contoh makanan berkhasiat tapi bahaya untuk bayi kecil adalah madu.Menurut, dari seorang Pakar kanak-kanak yang bersetuju bahawa madu tidak boleh diberi kepada bayi di bawah umur 1 1/2 tahun, disebabkan kandungan spora Clostridium botulinum yang berbahay kepada usus bayi.Bakteria ini mudah membiak dalam perut bayi dan boleh menyebabkan masalah alahan. Sebaiknya madu hanya diberikan kepada kanak-kanak yang sudah membesar.

Tambahan pula,minuman berjus ataupun minuman buahan sitrus.Minuman bergula ini pasti akan menjadi kesukaan bayi tapi merisaukan juga jika nanti dia hanya akan tertarik untuk minum minuman bergula seperti ini.Tambahan pula, buah sitrus seperti lemon ataupun oren sangat berasid.Kesan sampingannya adalah seperti sakit ,sembelit dan bayi kembung perut.

6. Buat urutan pada baby kembung perut

Ada beberapa cara mudah untuk anda buat urutan pada perut bayi yang tengah meragam.Hanya perlukan sedikit minyak panas dan sentuhan lembut tangan si ibu.

     (i)Mula dari Perut bayi

Buat gerakan mendayung yang lembut menggunakan tangan kiri dan tangan kanan secara perlahan-lahan.Ini membantu perut untuk mengeluarkan angin berlebihan dalam badan bayi yang boleh menyebabkan kembung perut.

     (ii)Buat urutan ‘I Love U’ di atas perut bayi

Jika bayi anda berasa gembira, buat gerakan mendayung yang lembut di atas perut si manja, menggunakan tangan kiri dan kanan silih berganti.Buat urutan seolah-olah sedang menulis perkataan i love u pada atas perut bayi.

7.Guna minyak essential oil 

Essential oils (minyak pati) adalah sejenis minyak yang mempunyai aroma dan juga sesuai digunakan sebagai minyak untuk urutan. Minyak essential ini  sangat sesuai digunakan pada si kecil yang tengah meragam perutnya.Selain daripada minyak ini biasanya berbau wangi ia juga sesuai untuk membuat urutan pada anggota kaki dan perut bayi.

Kami ada satu minyak essential oil yang sudah dibuat khas untuk atasi masalah baby kembung perut.Sangat sesuai bagi ibu yang sudah ada si kecil yang perlukan lebih perhatian tu.

👉👉Dapatkan essential oil SPESIAL ini untuk baby kembung perut

Share Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Artikel-Artikel Lain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara-atasi-baby-kembung-perut-tanpa-perlu-039-bomoh-039-ummubelle-hq
Scroll to Top